cabaran pertama : STACY - KISAH DONGENG

assalammualaikum. salam 1 Malaysia , salam untuk semua blogger.


MENCINTAI AKU DENGAN SEADANYA
SANGGUP MENERIMA INSAN TAK SEMPURNA
ATAU MUNGKIN CINTA SEBEGITU HANYA
KISAH DONGENG SAJA


nie lah antara bait-bait lirik lagu kisah dongeng.  bukan mudah untuk mencari insan yang mencintai kita dengan seadanya. menerima kelebihan dan kekurangan kita , sedangkan kita sedar bahawa tiada yang sempurna dalam hidup ini. bahkan , kita akui bahawa sebuah hubungan yang sempurna ialah hubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain.


pasti korang pernah dengar kata-kata ini :
Hati-hati  dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.


mahukah itu terjadi dalam kehidupan kita ? pasti tidak kan ! cintailah aku dengan sepenuh hatimu , kerana kita sedar bahawa kecantikan itu tidak selamanya tetapi keikhlasan itu yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.


adakah kita hanya mampu untuk berangan untuk semua ini ? mengharapkan ada yang ikhlas mencintai dan menyayangi kita. ini bukan kisah dongeng , di mana ada putera yang sanggup melakukan apa sahaja untuk perempuan yang di sayanginya , bukan juga seorang perempuan yang begitu setia menunggu cinta sang putera. ahhh ! ini semua dongeng saja ke ? hanya zaman-zaman dulu je ada ? ==


tak dapat dinafikan , masih ada lelaki dan juga perempuan sebegini dalam hidup. tapi berapa saja yang ada ? boleh kira dengan jari tak ? boleh rasanya. ==. susah untuk dikatakan , sebab seharusnya dalam mencari yang sempurna kita juga harus menjadi yang lebih baik.


~jadilah yang soleh , bukan mencari yang solehah~

::choki:: insan yang baik untuk orang yang baik , dan sebaliknya juga akan berlaku.

2 comments: