assalammualaikum. salam 1 Malaysia , salam untuk semua blogger.
please play this song before read this entry.
bait-bait lirik lagu nie cukup jelas , terang tidak lagi bersuluh untuk aku ceritakan maksud entry aku kali nie. actually , aku tukar 1 songs dalam list cabaran entry cinta yang aku nak post. tibe-tibe aku teringat lagu ni , mungkin terlupa sebab era.fm jarang putar lagu ni. lagu lama kot. aku tahu pasti ada antara korang pernah rasa apa yang di sampaikan melalui lagu ini. aku nak cerita sikit pengalaman seorang kawan aku ,
cukuplah aku kenalkan perempuan itu sebagai gadis , lelaki itu sebagai jejaka.
gadis ~ awak , jangan tinggalkan saya !
jejaka ~ saya tak kan tinggalkan awak , saya nak awak ada dengan saya boleh ?
gadis ~ i'm always besides u , no matter what happened.
jejaka ~ saya tak kan tinggalkan awak.
tapi apabila saatnya berlalu , ternyata hanya gadis ini setia menanti jejaka ini. kerana apa ? sebab
mereka berkenalan telah hampir 2 tahun. apa status hubungan mereka ? hanya teman biasa ker ? aku sendiri tidak mengetahui. sebab setahu aku , gadis yang aku kenal itu cukup hebat dengan egonya. tidak mudah melenting. seorang yang kuat dan tabah. airmatanya sangat sukar untuk mengalir. tapi kenapa untuk jejaka itu airmata dia ku ibaratkan hanya untuk jejaka itu.
aku sering menyalahkan temanku itu , tapi dalam masa yang sama aku beri die semangat , kekuatan dengan harapan dia masih teman yang aku kenal suatu ketika dahulu. tapi apakan daya , aku tahu dia dah berubah. semuanya kerana dia terlalu sayangkan jejaka itu , walaupun pada hakikat die tahu yang dia tak akan memiliki jejaka itu.
jejaka ~ kita nie hanya teman mesej je , berlainan jantina pulak tuh. bila-bila masa boleh hilang begitu sahaja.
gadis ~ errrrr!! :(
kenyataan telah diketahui , tapi kerana sayang die turutkan kata hati. pernah juga ku lihat kawanku itu cuba menguji jejaka itu
nasihat demi nasihat aku lihat die beri pada jejaka itu. sehingga aku sendiri terfikir. "tak kan lah jejaka itu tidak tahu yang perempuan itu tidak menyayanginya" , "mungkin die buat-buat tak tahu". dah sah-sah lah gadis itu sayang gile kat die. 24 hours for u la wehh , tak kan kau tak nampak ? pe ke bangang ko nie hah !!
gadis ini sentiasa ada untuk die , tak kira bila. sanggup mencari masa untuk jejaka itu. mengikut cerita teman ku ini , mereka sering bergayut sesama jejaka ini sedang belajar. habis class hingga lewat malam bercakap telefon seolah-olah ada sahaja cerita ingin dikongsi. aku sedih bila dengar teman ku bercerita yang die sanggup bangun tengah malam saat jejaka itu mahu bercakap telefon , siap minum air dulu bagi suara tak nak serak nanti kantoi tidur pulak.
gadis ini setia bersama jejaka ini sehinggalah die habis belajar , si jejaka sudah mula bekerja. semuanya berlaku sekelip mata. permulaannya , mereka masih keep in touch. tapi mungkin tidak seperti dulu. si gadis sedapkan hati dengan berkata "die sibuk , kena faham". tapi aku tak faham pulak , kenapa bila ada masalah ada pulak masa untuk contact kawan aku ni. nak mintak nasihat ke ?
hari demi hari aku lihat kawanku masih tersenyum kerana hadirnya jejaka itu dalam hidupnya , tersenyum dalam derita kan ? tapi senyuman itu tak lama aku lihat. saat jejaka itu mula mengenali seseorang senyuman kau tak semanis dulu , ketawa kau tak segirang dulu. saat itu baru kau ceritakan sengalanya padaku. tersentap aku kawan !! kenapa kau sayangkan die sangat-sangat sedangkan hati kau cukup menderita ? bertepuk sebelah tangan tak berbunyi kawan. aku cukup terkejut saat kau ceritakan semua padaku. inikah kawan yang aku kenal dulu ? aku sedih sebab aku rasa kesedihan dihati kau.
masih aku ingat , malam tuh kau cerita pada aku yang jejaka itu menghubungi kau. tapi atas dasar apa kawan ? untuk menceritakan tentang awek yang die kenal tuhh ? betapa gembira hati jejaka itu bertemu awek itu. sedangkan kau ? menagis tak berlagu. kau menagis sampai asma , akhirnya wad la tempat kau selama seminggu kan. kau sakit , tapi ada jejaka itu amik kisah ?? TAK LANGSUNG !! tapi kau kata kau gembira jejaka itu bertemu pasanganya. aku tahu !! kau menagis saat itu , hati kau merintih kan ?? terluka kau aku nampak terhirisnya. kau backup jejaka itu lagi. ahhh !! kau biar die nampak mulia lagi. aku benci tuhh. kenapa kau back up die sangat sedangkan die bukan kawan , teman , sahabat , member apatah lagi pasangan dalam hidup kau. patotnya kau jadikan die musuh. DIA HANYA PERGUNAKAN KAU !!!
aku minta kau cakap kat jejaka itu kau sayang die , tapi kau tak nak. alasan kau apa ? "aku tak nak dia rasa bersalah sebab hadir aku dalam hidup die dengan wujud perasaan lebih seorang kawan". heyy ! kau sedar tak , semua tuh kau tak minta lah. kalau dulu die tak hantar mesej die sayang kau , layan kau baik , sudi cerita macam-macam dengan kau , asyik-asyik cari kau tak adanya perasaan itu hadir. KAU TAK BERSALAH !!! tapi kau tekad , tak nak , nanti menyusahkan die. kau back up die lagi.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
kau derita sangat. seolah hidup kau dah berakhir , aku kenal kau betapa kau berubah sejak kejadian itu. jejaka tuh ada contact kau lagi lepas kenal awek die tuhh ? ade tak ? tapi sampai kini kau masih lagi back up jejaka itu ? sepanjang jejaka tuh couple airmata kau tak henti mengalir. kau seolah membenci lelaki , semua lelaki yang hadir dalam hidup kau macam tak ada perasaan kau pandang. sebab kau tunggu jejaka itu. kau sedar yang kau dah kehilangan die. tapi jawapan kau masih sama. "aku dah janji walau apa pon aku tetap sentiasa dengan die". die dah lama maposshhh dalam hidup kau , kenapa kau masih sibuk nak amik berat pasal die. ahhhh !! persetankan semua tuhh kawan.
kau tau tak aku dah agak yang die akan putus dengan awek die tuhh , tapi kau tak habis-habis moga dapat jemputan kawin jejaka tuuhh. tapi nanti kau jugak yang merana. sebab kau tak nak jejaka itu rasa sedih dalam hidup die. patot kau sedar , kau tak perlu amik kisah untuk orang macam tuhh. ade die amik kisah pasal kau ??? bila die putus , kau boleh marah die putus dengan awek die. aku geram sebenarnya. aku nak kau stop ingat jejaka tak guna bagi aku tuhh.
aku tak nak tengok airmata kau mengalir lagi. kalau aku boleh lupakan ingatan kau aku dah buang pasal die. susah sangat kau nak lupa. AIRMATA KAU , DIE RENANG BAHAGIA !!! sungguh aku sendiri tak tahu apa nak buat supaya kau lupa pasal jejaka itu.
kau pegang lah kata-kata ini :
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurniaan tersebut.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
seorang gadis walaupun di lihat dari pandangan kasar sebenarnya masih ada lembutnya. sekeras-keras gadis , hatinya akan cair bila bersama orang yang disayangnya. bodohkan gadis in kerana menyayangi jejaka ini ? sedangkan perasaan sayang dan cinta itu lahir tanpa niatnya , juga tidak lahir tanpa di minta. gadis ini sudah tak mampu berbuat apa-apa kerana die terlanjur menyintai jejaka in.
senang ke melupakan orang yang kita sayang ? sehingga kini , aku masih menjadi dr.cinta untuk temanku ini. begitu sukar beliau melupakan sayangnya pada jejaka itu. sedangkan jejaka itu sudah pon bahagia dalam hidupnya.
untuk temanku : Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
*cerita ini adalah kisah benar tentang sahabatku. masih banyak ingin aku ceritakan dari apa yang aku dengar dari sahabtku. bukan untuk mengaibkan tapi dengan harapan sahabatku itu mampu melupakan jejaka itu. lupakanlah orang yang tidak mencintaimu dah , berilah hati dan perasaan itu kepada insan yang lebih layak. aku tahu kau sayang die sangat tapi tolonglah lupakan die dari kotak fikiran kau*
No comments:
Post a Comment