sedaya upaya aku mencuba.

assalammualaikum.
  • seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu , ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.
  • seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu , ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
  • seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu , ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
  • seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu , ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya
  • seseorang yang ketawa menceriakan harimu , ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
  • seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu , ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.
  • seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya , ketahuilah dialah seorang "pertapa setia" yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

kenapa senyap ? kenapa diam ? kenapa tak kongsi ? kenapa tak cerita ? 
entah....
  • tak semua benda boleh dikongsi.
  • tak semua benda boleh diluah , boleh dicerita.
  • ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.
  • diluah takut membuka aib.
  • dicerita takut dijaja kelak.
dengan manusia , lidah kelu walau hati sangat ingin berbicara.
tiada kata mampu menzahir segala rasa.

denganNYA....
  • bibir kaku , tiada kata mampu terucap.
  • yakin DIA sudah sangat tahu apa yang mahu diucap.
  • hati sebak , dada terasa berat.
  • yakin DIA sudah sangat mengerti.
  • hanya doa terzahir

YA ALLAH , BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK HADAPI SEMUA INI.

No comments:

Post a Comment