kemanisan dalam kepahitan.

assalammualaikum..

kadang-kadang dan seringkali aku tersilap langkah dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. aku selalu alpa tentang status aku sebagai seorang pelajar yang sedang belajar untuk mendapat segulung ijazah. seharusnya aku fokus pada matlamat aku untuk naik ke atas pentas menerima segulung ijazah , membuat bapa aku tersenyum saat aku menghulurkan ijazah , memulakan pencarian kerja dengan segulung ijazah , cuba untuk bekerja dengan kelayakan ijazah dan yang paling penting sekali moga-moga dengan segulung ijazah itu dapat mengubah kehidupan aku supaya lebih baik. tapi aku tersilap langkah. bukan sekali , tapi 2 kali. entah apa yang terkandung , terperap , terbeku dalam hidup aku. mungkin kebanggan aku , kebonggakkan aku , kesombongan aku , yang paling penting kebodohan aku mengatur langkah dalam kehidupan.

aku sedar , tidak semestinya UPSR 4A , PMR 6A , SPM 8A , STPM 3A semasa ijazah setiap semester kau akan dapat sekurang-kurangnya 5A dari hanya 7 subjek. ITU TAK MUNGKIN !!!

semester 1 aku di uji dengan 2 paper aku gagal. paper MATH and ENGLISH. stupid nya aku kan ? sangat stupid kan. tapi aku terima dengan hati terbuka , aku redha semua itu. mungkin aku tak bersedia untuk belajar saat tu. tak biasa dengan environment , lifestyle yang totally change. aku tekad untuk perbaiki supaya lebih baik. syukur alhamdulillah. semester 2 result aku naik mendadak-dadak. walaupun tidak mendapat pointer 4.0 tapi syukur dengan peningkatan yang ketara.

masuk semester 3 entah kenapa aku sekali lagi jatuh terduduk. mungkin dah terlalu selesa dengan semester 2. kesilapan aku sendiri. terlalu banyak main , hilang fokus. akal dan fikiran aku entah ke mana. akhirnya aku jatuh terduduk. dengan result semester 3 aku dapat

4 AYAM , 2 BEBOLA , 2 CENGKERIK TENGIK !

kenapa ini yang aku dapat , airmata deras mengalir. aku kecewa sangat walaupun semasa jawap paper lagi aku dah tahu keputusan yang bakal aku terima itu mengecewakan tapi aku tak boleh terima jugak. mungkin ini jalanku yang harus aku lalui. aku fikir yang aku harus STOP di sini. berhenti belajar lagi bagus dari terus terima kekecewaan kan ? kencang aku menaip surat kiriman rasmi untuk berhenti belajar. keputusan yang aku ambil bukan lah keputusan yang terburu-buru. aku dah fikirkan sebelum keputusan keluar lagi. siap je menaip aku terfikir semula patut ke aku berhenti belajar sedangkan aku hanya punya 3 sem je untuk habiskan segulung ijazah. 3 sem bersamaan 1 tahun setengah sahaja.

aku tekad untuk berhenti , semuanya kerana tak nak tambah sem. aku takut aku tak kuat untuk hadapi semua itu. aku pasrah dengan apa yang telah berlaku dari semester 1 hingga semester 3. aku cuma anggap sebagai pengalaman. aku give up ! aku rasakan yang dunia ini tidak adil. kenapa mesti aku yang di uji begini ? kenapa semasa aku mengambil ijazah aku di uji sebegini ? kenapa bukan dulu. ijazah itu lebih penting dari upsr , pmr , spm , stpm. kenapa semasa ijazah ? kenapa ? aku bingung pikir. aku rasakan semua ini tidak adil terhadap aku. aku merasakan betapa bodohnya aku. aku malu berhadapan dunia.

sehingga aku lupa pada yang lebih berkuasa. aku lupa bahawa aku punya keluarga yang aku yakin akan sentiasa memberi semangat pada aku. aku lupa pada teman yang bagi sokongan pada aku. aku lupa pada pensyarah yang beri bimbingan pada aku. aku lupa pada mereka-mereka yang mengharapkan yang baik @ buruk dari aku. aku lupa pada tujuan hidup aku , matlamat aku ke sini. aku LUPA semua tu. yang aku tahu aku cuma mahu berhenti belajar. semua itu pentingkan diri. aku pentingkan diri , tidak pikir apa yang lebih dari yang lebih baik. ALLAH cuma menguji aku dengan ujian sebigini kecil tapi aku mengalah sebegitu senang.
YA ALLAH , aku silap. aku yakin ujian yang diberi ini aku mampu untuk hadapinya. untuk aku tanganinya.

hari nie aku bangun dengan semangat yang tinggal saki baki , dengan perasaan ragu-ragu , dengan fikiran yang buntu. aku bingung dengan apa yang berlaku seakan tak percaya. aku terus ke pejabat kolej untuk tahu dengan lebih terang dan jelas status aku di kolej. adakah aku akan tambah semester untuk dapatkan segulung ijazah ? haruskah ? perlukah ? mestikah ? syukur dengan jawapan yang diterima. aku masih punya peluang untuk perbaiki kesilapan yang aku lakukan ini. thanks pada mereka-mereka yang mendesak aku untuk pergi ke pejabat , untuk tahu apa yang aku tak pasti.

thanks juga pada mereka yang bagi aku sokongan. mungkin ini memang takdirku. jalan ini telah aku lalui. tak perlu untuk aku berpatah balik , tiada apa yang senang dari yang benar-benar senang. insyallah. semester akan datang aku akan usaha dengan lebih baik. kelemahan aku pada angka , itu yang aku perlu perbaiki. semoga aku akn terus sabar dan berusaha dengan lebih baik. tak berjaya seseorang itu kalau dia tak pernah kenal perkataan KEGAGALAN. sebab kegagalan sekarang adalah kejayaan untuk akan datang. moga-moga aku tidak lari dari landasan yang betul. insyaallah. :)

aku patut bersyukur dengan apa yang aku terima. seperi yang dikatakan oleh penasihat kolej aku bila aku tunjukkan semua result aku dari semester 1 hingga semester 3. peluang aku untuk grad dengan lebih baik masih ada. setiap paper yang aku repeat markahnya akan di bawa kehadapan. syukur yang aku masih fokus dengan subjek lain. walaupun semester 3 aku gagal 2 subjek namun aku patut bersyukur pointer aku masih ok dan paper-paper aku yang lain bakal membantu aku untuk grad dengan baik. itu yang penting.

ya allah. moga aku terus diberi hidayah mu , semoga aku dijauhkan dari semangat putus asa. amin. 

1 comment:

  1. sabar ye pujah..kita sama2 usaha utk buat yang lebih baik lagi..mudah2an kita dikuatkan hati utk terus perbaiki kesilapan pada masa silam.. InsyaAllah.. :D

    ReplyDelete