tanggungjawab aku tidak akan berakhir...

assalammualaikum..


as usual , hari ni tak ada tanggungjawab untuk melakukan apa-apa. tidak kisah lah sebagai student yang punya tanggungjawab menyiapkan assigment or homework , pekerja yang harus pergi ke tempat kerja melakukan kerja demi sesuap nasi , mungkin juga seorang ibu yang memastikan keluarganya dalam keadaan yang baik. tidak juga mempunyai tanggungjawab sebagai seorang anak kerana aku tidak berada di rumah sekarang. HEHE. cuma yang ada tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH yang berusaha mendekatkan diri kepadaNYA. 


alhamdulillah , syukur kepada ALLAH hari ini aku masih mampu untuk bernafas di muka bumi ALLAH ini. masih mampu untuk melengkapkan diri sebelum menghadap illahi , masih mampu untuk membetulkan segala salah dan silap aku. sungguh , kekhilafan ku ini kadang-kadang disedari tapi masih tidak mampu diperbaiki. semuanya kerana silap aku , tiada silap sesiapa mahupun persekitaran kehidupan kini. subhanallah.  aku telah berlaku kejam terhadap diri aku sendiri. :(


selagi aku bernafas , selagi roh belum di cabut selagi itu tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah , seorang hamba yang lemah di sisiNYA tidak pernah lepas dari tanggungjawab. :)

No comments:

Post a Comment