assalammualaikum. salam 1 malaysia , salam untuk semua blogger.
baru balik kerja. totally tired. tapi sekejap , nak update. lame dah tak menjengah ke blog sendiri. bersawang habis. huhu. sangat sibuk sekarang , kerja kerja kerja dan akan teros kerja. now aku kerja part time kt seremban. bukan tak nak cari part time job kat tempat sendiri , tapi aku masih belom mampu berdiri di sana. ingatan ini masih kuat saat di sana.
ya allah , kenapa hambamu ini begitu sukar untuk melupakan perkara itu. kenapa masih lagi memori ini tersimpan sengalanya tentang nya. dia bukan siapa-siapa untuk aku. tidak pernah kami menjalin sebarang hubungan istimewa , sekadar hubungan seorang teman yang hanya dipergunakan. tapi kenapa hakikat itu telah aku ketahui tapi masih lagi aku menidakkan. masih lagi aku cuba memberi yang terbaik untuknya. kenapa ? aku buntu ya allah.
sesibuk mana aku kerja , sehingga kini aku mengharapkan message. sedangkan aku sedar bahawa dia tak akan balas mesej itu di facebook lama ku itu , kenapa sukar sangat aku nak deactived kan facebook itu. seharusnya aku remove dah facebook itu , tiada guna lagi untukku. facebook itu sekadar mengetahui perkembangan hidupnya. memadai lah facebook yang ada kini. kenapa sukar sangat nak tekan button deactived !!!!
aku sedar dunia kami sudah berbeza. aku sekarang hanya lah students yang belom tahu arah tuju , masih terumbang ambing. exam pon ada yang kantoi. kerjaya aku masih belom tahu ke mana arahnya. tapi dia aku lihat sudah berjaya , dia sudah mempunyai kerjaya nya sendiri di usia muda. sedangkan aku ? dia kini sudah memiliki keretanya sendiri yang di idamkan. andai di campur kesemua kereta keluargaku belom cukup pon memiliki kereta sepertinya. itu pon kereta keluargaku , aku masih lagi menunggang scooter ku ke mana sahaja.
mungkin juga , gajinya kini melibihi gaji keluargaku. sedangkan aku masih mengharapakan ayahku untuk menyaraku. itu yang aku ingin dekatinya ? beza sangat hidup aku dengannya. aku tak punya apa-apa. aku tiada rupa yang menawan , tiada fizikal yang cantik , harta yang melimpah , tidak cukup ilmu didada , yang paling penting ilmu agamaku masih cetek. masih banyak yang harus aku pelajari. sedangkan aku lihat die , sudah cukup sempurna. yeahh ! tiada yang sempurna , tapi aku lihat die sentiasa mencuba menjadi yang sempurna.
ya allah , jauhkan lah ingatan ini mengingatinya. lupakan aku tentangnya. kenapa begitu sukar sekali aku untuk melupakannya. sedangkan dia bukan siapa-siapa untuk aku. masih ramai lagi teman di sekelilingku. aku harus bersyukur masih punya orang yang menyayangiku. masih punya teman untuk membawa aku mengelilingi dunia , masih punya musuh untuk memberi aku erti sebenar kehidupan. tapi kenapa harus aku mengingatinya sepanjang hidupku.
mungkin sekarang hati ini kosong , hati ini sepi , hati ini sunyi. sengalanya ada. kini aku sendiri dalam menjalani hidup ini. aku pasrah ya allah dengan jalanku ini. aku cuma berharap aku mampu menjadi kebanggaan keluargaku terutama abah ku. menjadi seorang yang mampu membuat abah ku tersenyum bangga. jika diberi kesempatan aku ingin menghantar abahku ke tanah suci mekah , membuat upah haji untuk arwah ibu ku. ingin sekali aku laksanakan itu. jika di beri kesempatan ingin aku bawa abah ku , mamaku serta seluruh keluargaku menaiki sebuah kereta mewah milikku kelak. itu impianku.
kuatlah semangatku ini ya allah. dalam melayari hidup ini aku sering terganggu kerana ingatan ini. masalah ini tidak pernah lari dari hidupku. mungkin di luar orang melihat aku tersenyum ketawa tapi secara hakikatnya hidup ini bertemankan airmata. apa yang membuat aku kuat berdiri hanya satu. pasrah dengan ketentuan. jika kita sayangkan orang itu harusnya kita mendoakan untuknya walaupun die bukan di depan mata kita , walaupun die pergi jauh dari kita. walaupun die sebenarnya dah tak perlukan kita. percayalah akan ada yang lebih baik dari sebelom ini. itu sahaja yang buat aku teros kuat. semoaga aku akan menjadi lebih tabah. amin.
No comments:
Post a Comment