21 years old

assalammualaikum. salam 1 malaysia , salam untuk semua blogger.

hari ni 11 june 2011. genap usia aku 21 tahun. syukur ke hadrat ilahi , aku masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk terus bernafas di muka bumi ALLAH s.w.t. :). walaupon tahun ini hari lahir ku seperti hari-hari biasa aku bersyukur kerana masih bernafas di muka bumi ALLAH ini. tiada lagi sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini. semua yang ku lalui hanya tinggal kenangan.


masih aku ingat 5 tahun sambutan harijadi ku. :) waktu aku tingkatan 4 tahun 2006 aku sambut besday dengan membe-membe kat kfc. walaupon bukan aku belanja , tapi kawan-kawan ku tak kisah sdn bhd. aku enjoy , sebab waktu tuh lah first time aku berjalan hampir 5km untuk ke kfc. semua itu kenangan lah. alih-alih balik semua naik teksi , tak sanggup dah nak jalan kaki.


masa tingkatan 5 tahun 2007 , sambut kat kelas. kebetulan pulak besday aku sama dengan seorang apek kelas aku ni , so seminggu sebelum besday kitorang die bagi aku duit suruh beli apa yang patut untuk celebrate dalam class. tuh yang sambut kat class , syokk meyhh. walaupun class aku hanya 5 orang je melayu. cakap pon dah macam cina. HAHA. malam tuh pulak pergi celebrate makan-makan dengan member rapat. masih aku ingat , waktu ni ada kawan aku first time makan nasi pattaya. tercari-cari nasinya bila nasi sampai sebab nasi pattaya tuh kan salut dengan telur.=.=


tahun 2008 aku sangka akan sedih. yelah , sesuatu yang buruk berlaku pada aku 2 minggu sebelum besday ku. tapi waktu ni aku kuat , teman sekeliling beri aku semangat. jadi aku kuat hadapinya. tapi sangkaan ku silap. tahun ni juga buat pertama kali aku menyambut besday ku di luar dari negeri ku sendiri. sambutan hari jadi di tempat orang , aku sangat terharu dengan temanku. 


yang paling aku tak akan lupa tahun 2009. titik sejarah yang masih kuat dalam ingatan aku. betapa aku teramat gembira sangat. sukar untuk aku gambarkan. aku rasa diri aku cukup dihargai saat ini. waktu ni besday aku jatuh pada hari cuti sekolah. so aku bangun tidur macam biasa je. tapi hari itu ayahku buat kenduri aqiqah untuk adik ku yang paling kecil. secara tak langsung abah belikan aku sebiji kek. masih aku ingat warna kek itu. PINK !!! kek yang paling besar dalam sejarah hidupku mungkin. kek kahwin lagi besar kot. aku sambut dengan temanku di kenduri itu , malam tuh pulak kawan aku buat suprise party kat taman bandar. di tengah-tengah taman bandar di bawah lampu. OMG !! aku terharu beb. waktu tuh aku dah terharu sangat , gembira gile bila ada yang sambut besday aku macam tuhh. tapi bila start sekolah , member sekolah aku buat suprise lain pulak. kali ni DAMN IT !! AKU TERAMAT SAYANG KORANG !!!. waktu tuh group korang kena presentation. aku ni as usual duduk lah belakang sekali. yelah bukan group aku. tibe-tibe korang present gambar-gambar aku. CANDID pulak tuhh. korang buat video pasal aku. semua gambar masa kita pergi lawatan lah , gambar yang klaka pulak tuhh. yang aku tak pernah tahu korang ada. aku menagis kat situ. korang buat aku terharu sangat kawan. masih aku simpan video itu , tiap kali tengok mesti aku menagis.:(


tahun lepas aku sambut besday di negeri sembilan. waktu tuh intensif english. aku ingat lagi 2 hari sebelom besday aku roomate aku main gile dengan aku. tak tegur aku , cari pasal dengan aku lah. sampai pecah kipas yang aku beli. aku seolah bersalah gile dengan roomate aku. lepas tuh tepat 12 malam aku call member aku , waktu tuh roomate aku dah tutup lampu. aku cakap slow gile. tapi roomate aku maki aku. masih aku ingat kata-kata ini : "nak cakap dengan jantan tak ada masa lain ke" . pehhh ! pedihh sial korang cakap camtu. sah sah aku cakap dengan member perempuan aku. kawan baik aku sendiri. sampai hati korang kata gitu. rupanya korang buat suprise untuk aku. habis handphone aku waktu tuh kena tepung dengan korang. thanks a lot. hari tuh juga aku kena tipu dengan dak group aku class pukol berapa. aku datang lewat kena marah dengan lecturer english. tak pernah die marah aku boleh die tarik muka dengan aku. semuanya itu korang dah pakat. aku terharu lagi tahun itu.


tapi this year. aku sorang kat sini. tak ada yang nak sambut. mungkin lepas ni begitu. walau apa pon , aku masih terharu sangat. ramai yang mengingati hari lahir ku. mungkin facebook itu biasa kalo orang wish. aku hargai , alhamdulillah ramai juga yang mesej aku wish besday. aku harus sedar , kita tak boleh bergantung hidup pada orang. aku harap lepas ni akan lebih mematangkan aku. semoga aku akan menjadi seseorang yang lebih  matang dan kuat selepas ini.


oklah , ada benda nak cerita lagi. tapi mata dah mengantok. esok kerja lagi lorh. so , esok lah sambung pulak. ada cerita sedih kot nak tulis kat sini. huhu. tak habis-habis sedih. ish ish ish. 

No comments:

Post a Comment