gembira bila ada yang menggembirakan

lama dah tak update blog. sibuk dengan final exam yang belum habis , line internet yang semakin slow skang , sampaikan tak sempat nak berblogging dan blogwalking. mesti bnyak info dari blogger yang aku ketinggalan. banyak sangat benda berlaku selama 3,4 hari neh. kepala aku serabut , kusut , tension , geram macam-macam lah. bukan kepala aku berat pikirkan exam tapi entah lah , manusia di sekelilingku yang menyerabutkan kepala aku. sedih bila pikirkan kehidupan yang aku rasai sekarang. dulu aku inginkan kehiudpan seorang mahasiswi. bukan mudah rupanya bila terpaksa berhadapan dengan pelbagai perangai manusia. ada yang menerima kita , ada yang menolak kite bahkan ada yang berpura-pura dengan kite. HIPOKRIT !!! 
but i glad , still have a friends beside me to share an make me happy. thanks my dear dear friends. bila kepala da berat mula lah tension. tekak pula tiba-tibe nak makan potato salad. hehehe. kalo dekat fast food mahal kan , makan pon tak puas. so nak buat lah. banyak pulak member aku yang tak pernah makan. atleast dapat juga buat kan. aku pon nak share lah macamana nak buat potato salad yang sedap. hehehehe. :)


RESIPI POTATO SALAD SEDAP !!!!!!


bahan-bahan yang diperlukan (6 orang makan ) : 
kentang 6 biji (kalau besar kurangkan)
sosej 1 packet
lobak merah 2 biji
bawang besar sebiji
2 packet mayonnaise
salad / ulam-ulam
telur 3/4 biji (ikut selera)
blackpapper


cara-cara penyedian :




rebus kentang , lobak merah , sosej dengan telur dulu. aku rebus sekali dalam periuk nasi je. yelah duduk hostel je. heheheh.




lepas siap rebus toskan semua bahan-bahan tadi. telur kupas lah , buang kulit. potong semua bahan-bahan tadi. ikut tekak masing-masing lah. kalo nak kecik ikut lah. tapi jangan kecik sangat nanti hancur masa kacau dengan mayonaise.


siap je potong ikut kreativiti masing-masing gaulkan semua bahan-bahan tadi. racik halus sebiji bawang besar tau untuk naik bau + rasa. letak sikit garam. baru letak mayonaise dan blackpapper. sebabkan aku ni duduk hostel blackpapper mc donaclds habis pulak rupanya. letak lah serbuk lada putih. tapi sedap juga tau.


so inilah hasilnya setelah bertungkus lumus menyiapkan. hehehe. dah boleh makan sekarang. lupe pulak perah sikit dengan limau nipis , bagi ada rasa ummmphhh ! sebenarnya senang je buat nie. sedap tau. makan dengan sos sekali bertambah selera. so jangan lupa mencuba tau resipi POTATO SOS SALAD versi HOSTEL dari aku.

to be continue




::choki:: thanks pada kawan-kawan yang derma perut untuk telan je masakanku.

2 comments: