- letakkan banner the garang nie : DONE !
- buat tajuk entri - Segmen The Garang - Zaman Paling Best Bagi sikatkusut.
zaman sekolah lah paling best bagi SK , especially masa SK tingkatan enam. bangga tau jadi student form 6 walaupun ramai yang pertikaikan budak amik STPM nie budak tak ada kualiti. buktikan pada SK boleh ? SK akan buktikan budak yang amik STPM nie punye kualiti yang TERBAIKKKK !
waktu form6 nie paling best sangat sebab waktu nie SK jadi senior kat sekolah. boleh buli adik-adik. tak semua orang yang dapat peluang amik form6 ni tau. korang imagine sendiri lah kan , semua orang merasa amik SPM , sambung belajar kat ipt/ipta , bekerja rasa susah senang kan ? tapi semua orang ke rasa masuk dewan peperiksaan nak tempuh STPM ? berapa orang yang yakin pada diri sendiri yang rasa pengalaman ni. sikit pon SK tak pernah menyesal tolak tawaran uitm masa habis SPM dulu. masih ingat lagi kata-kata abah SK sebab die frust SK tolak tawaran uitm tanpa berbincang dengan die. tapi SK dah buktikan pada die , keputusan SK amik STPM dulu tidak silap. sekurangnya sekarang SK dah mula fokus dengan segulung ijazah kan ? sedangkan teman lain yang mempertikaikan SK dulu sebab SK budak sekolah masih lagi terkontang kanting. waktu form6 dulu pun kaunselor selalu kata : kaki awak sebelah langkah je lagi nak masuk U , peluang sangat cerah. SK pegang kata-kata itu sampai sekarang. jom kita intai kenagan SK masa tingkatan enam !!!
*masa mewakili pahang ke program elit pra u peringkat kebangsaan*
* forum remaja peringkat negeri pahang - mewakili daerah raub*
kami menang. we proud of myself
* kenangan bersama cikgu razak*
* teman yang terlalu banyak membantu masa susah payah*
jadi panjang pulak entry SK join segmen nie. bila dah mengimbau kenangan lalu mula lah rasa rindu , teros timbul sebak di dada. touching lebih bila ingatan memutar kembali kengan lalu. ecehhh cehhh ! terlalu banyak sangat kenangan masa form6 dulu , tak habis rasa kalau nak cerita kat sini.
SK bangga dengan siapa SK masa form6 dulu. bukan nak berlagak , tapi masih segar di ingatan macamana SK pernah di kejam kerana memegang jawatan ketua pengawas koperasi. ramai yang menyangka bahawa perempuan tak boleh pegang jawatan tinggi. harus menjadi orang bawahan saja , tak boleh buat kerja. tapi semua tu tolak ke tepi. SK pikul tanggungjawab tersebut , walaupun pernah dituduh pecah amanah tapi atas kepercayaan cikgu-cikgu SK berjaya atasi semua itu.
bukan senang melaui zaman itu , tapi SK telah harugi dengan jayanya. sebab itu zaman tingkatan enam jadi zaman paling best bagi SK. kenangan yang tak mungkin SK dapat luputkan dari ingatan , dan yang pasti zaman itu akan sentiasa segar dalam ingatan SK.
oklah , dah siap untuk join segmen the garang. sekian.
::choki:: siapalah SK sekarang kalau tidak bermula dari sekeping keputusan STPM
No comments:
Post a Comment