semoga panjang umur ABAH !!!


SELAMAT HARI LAHIR ABAH

harapan aku kini :
semoga ABAH panjang umur
selamat dunia & akhirat
murah rezeki
sentiasa gembira dengan hidup
bahagia selalu
hati ABAH tenang & damai
kebahagian milik ABAH


KAKDE SAYANG ABAH !!!!

kakde tau yang kakde sangat nakal. selalu nak dapatkan apa yang kakde nak dlam hidup sampai takpernah fikir samada ABAH mampu untuk penuhi ke tidak. tapi ABAH tetap sentiasa berusaha untuk mendapatkan. sejahat-jahat kakde. senakal-nakal kakde. seteruk-teruk kakde. ABAH tetap melakukan yang terbaik untuk kakde. orang kata ABAH garang. nak berkawan pon kena ada batas. tapi kakde rasa ABAH sporting sangat. ABAH bagi kakde rasa dunia remaja. ABAH kongkong kakde semuanye bersebab. sebab ABAH keje mahkamah. setiap hari ABAH dengar & lihat kes tak elok tentang remaja. ABAH tak nak semua tuh berlaku pada anak perempuan ABAH kan?? ABAH tak pernah halang kakde untuk rasa dunia remaja. kakde masih mampu berjalan-jalan dengan kawan-kawan. masih mampu bersiar-siar dengan hati yang girang. kakde masih berkawan juga dengan lelaki. ABAH tak halang pon. kakde masih berpeluang untuk berjalan jauh bersama teman. kakde tak perlu nak tipu ABAH. nak keluar pon kakde tak perlu sorok-sorok. keluar hari-hari pon ABAH tak marah. sebab ABAH tahu. smpai 1 masa nanti anak ABAH akan hidup berdikari sendiri kat luar kan. waktu tuh ABAH tak boleh nak control. semua bergantung pada diri kami. so ABAH tak nak anak ABAH kena culture shock. semua sebab ABAH sporting sangat !!  dulu ABAH pernah kena herdik dengan mak kawan kakde kan. die kate ABAH tak pandai jaga anak. sebab tuh anak tipu pergi jalan percaya je. tapi kakde tak tipu ABAH kan. kakde bagitahu ABAH yang kakde jalan jauh hari tuh. kawan kakde yang tipu family die. guna nama kakde pulak. pastu salahkan ABAH lak. tapi marah ABAH pada kakde wktu tuh sebab ABAH kecewa kan. sebab orang tuduh anak ABAH jahat kan. orang kate anak ABAH yang nie jahat kan. tapi ABAH tetap sayang kakde. orang pandang hina bila kakde keluar malam. tapi kakde keluar bukan pergi clubbing. bukan naik motor dengan jantan. bukan pergi berdua-duan dengan lelaki yang tak kenal. bukan pergi menggedik. bukan pergi untuk menjatuhkan maruah diri sebagai wanita. kakde cuma keluar untuk kenal dunia kan. *ragam manusia* ABAH tak halang. asalkan pandai jaga diri. tapi tetap ada limit. kakde tak kisah sebab kakde tau semua tuh untuk kepentingan kakde juga. ABAH sentiasa istimewa pada pandangan mata kakde. semua sebab ABAH adalah sengalanya dalam hidup kakde.
moga 1 hari nanti kakde mampu untuk buat ABAH mengukir senyuman. untuk buat ABAH bangga dengan kakde. untuk buktikan pada mata-mata yang memandang kita bahawa ABAH mampu menjalankan tanggungjawab ABAH membesarkan kami dengan cukup sempurna tanpa seorang MAK. kakde bangga dengan ABAH !!! kakde sayang ABAH sangat3x............!!!!!!

♥ ZUBIR BIN DAUD ♥

No comments:

Post a Comment